kehilangan Yang tak diduga.... (2.1.2011)

dari sambungan kekusutan yang berterusan……

hati aku betul2 tersentap bila, chibbi maruko dah pergi meninggalkan aku. walau pun ada suara yang mengatakan mereka bisa di bela semula dengan diganti yang baru, namun aku bukan tergamak sehingga melupakan yang tersayang begitu saja.

sekarang tepat jam 5.50 petang. tapi fikiranku masih lagi menyangka si betina chibbi dan si jantan maruko masing masing sedang bergaduh manja merebut makanan, nenyak dibuai mimpi comel, ata sedang bersenam dengan roda kesayangan mereka. kenyataan mereka telah tiada. mungkin sebab jasad mereka aku masih belum semadikan kerana ketidaksanggupanku.

tak sangka, terlalu awal mereka meninggalkan aku tanpa memberi aku peluang kedua untuk menjaga dan merawat mereka hingga menjadi seabuah memori yang terindah. Ya Allah, ampunilah dosa ku kerana tidak menjaga amanat mu untuk menjaga haiwan….

to chibbi and maruko, B akan selalu ingatkan korang berdua setiap saat, setiap nafas, dan setiap langkah b akan pandang kehadapan… mungkin B akan menggantikan kalian dengan CM yg baru. tapi kasih sayang B terhadap kalian melebihi segalanya..baru sahaja mengebumikan jasad C & M.. alfatihah… i will always miss you forever…(2.1.2011)

No comments:

Post a Comment