masa semakin laju rasanya apabila aku terdengar ia berdetik setiap saat.
nafas semakin pendek tatkala dadaku dihimpit pelbagai masalah.
mataku semakin kabur disaat aku memelukannya untuk melihat dunia dan manusia.
pendengaranku semakin sayu dek kerana sudah terlalu banyak yang tlah didengari.
pergerakkan ku semakin terbatas kerana pesanan Dia untuk diri ku menjaga mahkotaku.
setelah aku gagal untuk menjaga mu dengan lebih baik, aku seolah hilang arah tuju untuk aku hidup.
dalam masa yang sama disaat aku perlukan sokongan, nasihat, dan tunjuk ajar darimu,
kau hilang entah ke mana.
dari kisah itu aku belajar untuk menjadi seorang yang kurang berperikemanusiaan terhadap makhluk-Nya yang lain.
jangan pernah menyalahkan diriku kerana ini semua telah tertulis di dalam kanvas hidupku.
mungkin kisah ini akan berubah kepada yang lebih bahagia, lebih isi nya, lebih istimewa, dan lebih sempurna..
namun, jam tidak akan berhenti untuk berdetik dan malam sentiasa bertukar dengan siang.
dengan hati yang luluh, mohon kepadaNya untuk menjadi lebih dan lebih baik dari hari ke hari...
ada apaaa ni??
ReplyDeletegambar dgn zizan??
oooppsss!! skandal baruu
ReplyDelete