engkau yang bernama kawan....

aku cuma seorang insan yang sangat jelas akan ketidak sempurnaanya.....

disamping tuhan memberikan aku nyawa, aku turut bersyukur kerana aku diberi peluang untuk mengenali arti "persahabatan" kepada diriku.

disebabkan didikan ummi dan abah, aku telah belajar untuk bergaul dengan semua jenis manusia baik yang buruk atau cantik. jadi, ternyata aku bukanlah jenis orang yang pilih bulu.

dalam masa yang sama juga, dengan keadaan sekeliling juga terkadang aku menjadi matang dan 'hati kering'.
secara posotif nya ialah matang... secdara negatif nya ialah menjadi hati kering...

aku juga akui bahawasanya setiap manusia mempunyai keegoannya tersendiri dalam menghadapi apa jua masalah termasuk di dalam masalah persahabatan.
bagi aku, "persahabatan" adalah sesuatu yang terindah dan ia adalah perkara yang paling aku jaga.
ada satu perumpamaan yang berbunyi....

"tak mati kalau tak ada kawan"

ya, aku sangat setuju. 

dalam masa yang sama tidak dinafikan bahawa setiap manusia yang mempunyai masalah haru mempunyai sekurang2nya tempat atau orang untuk meluahkan apa yang terbuku dihati. bagi aku ia adalah seorang SAHABAT.....

sebenarnya SAHABAT dan KAWAN adalah dua personaliti yang berbeza..
kenapa?

kerana kawan tidak lah serapat sahabat
kerana kawan tidak lah sesetia sahabat
kerana kawan tidak lah seceria sahabat...

kawan sering bertukar ganti dan ia akan bertambah setiap masa..

manakala SAHABAT pula sukar dicari ganti kerana dia seumpama keluarga pelengkap hidup.

No comments:

Post a Comment